Tuesday, July 28, 2009

Aktiviti Tugasan 1 HCI

Membuat perbandingan dan menguji keberkesanan Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang secara online. Laman web yang dibuat pengujian:

Kriteria semasa membuat tempahan:
  1. Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
  2. Pada tarikh 21 Ogos 2009.
  3. Jam 10 malam atau paling hampir.
  4. Kos yang terendah.

Video pengujian:


Keputusan analisis:


Ketiga-tiga laman web mempunyai antaramuka yang berbeza dari segi input carian. Air Asia tidak boleh membuat carian berdasarkan masa. Malaysia Airlines System (MAS) hanya boleh membuat carian berdasarkan masa selepas membuat carian pertama manakala Microsoft Expedia membenarkan carian pada masa. Akan tetapi, ketiga-tiga laman web memaparkan masa perjalanan setelah mendapat hasil carian dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Pilihan adalah mudah dibuat berdasarkan masa yang paling sesuai.

Semasa ingin membuat tempahan di Air Asia, maklumat tetamu dan kontak tetamu adalah sedikit mengelirukan adakah maklumat yang diperlukan adalah untuk pendaftaran ke laman web ataupun sekadar maklumat untuk rekod tempahan. Semasa membuat tempahan di Microsoft Expedia pula, pada muka ‘Traveler Information’ ada lah mengelirukan kerana di bawahnya terdapat pilihan ‘Enter traveler and continue checkout’ dan ‘Cancel and return to checkout’, sedangkan maklumat traveler mestilah diisi untuk membolehkan checkout.

Keputusan carian Microsoft Expedia adalah lebih meluas memandangkan carian memaparkan keputusan dari pelbagai syarikat penerbangan. Akan tetapi input carian memerlukan pengguna untuk memasukkan tempat bertolak dan destinasi. Ini akan menyebabkan kekeliruan apabila pengguna tidak dapat mengeja nama tempat dengan betul.

Seteleh menggunakan sistem tempahan di ketiga-tiga laman web ini, antara cadangan pembaikan yang boleh dibuat ialah semasa proses penempahan, pengguna hanya perlu memilih tempat bertolak, destinasi tujuan dan tarikh yang diingini. Pemilihan waktu bertolak boleh dipilih berdasarkan pilihan destinasi yang telah dipilih sebelumnya. Ini akan memudahkan pengguna membuat pilihan yang tepat tanpa membuang masa. Bagi Expedia.com, sebelum pilihan destinasi dibuat perlulah memilih negara terlebih dahulu dan senarai destinasi akan dikemaskini mengikut negara yang dipilih. Dengan itu, carian dan tempahan boleh dibuat dengan cepat tanpa perlu menggunakan papan kekunci yang mungkin boleh menghasilkan ralat sekiranya terdapat kesalahan menaip.

Pengujian dibuat dengan merakam pergunaan mouse dan papan kekunci serta muka-muka yang dilalui dengan menggunakan perisian Camtasia. Video kemudian diulang tayang untuk dianalisis seperti contoh video di atas.
Disediakan oleh: Mohd Hisyam bin Muhtar - SX081448CJJ01

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger