Saturday, October 31, 2009

Tugasan 3

Menguji keberkesanan sistem FAQ universiti dengan menyuruh pengguna melakukan satu tugasan, 3 pengguna terlibat dalam pengujian ini, kriterianya adalah seperti berikut:-

1) Dapatkan maklumat mengenai peperiksaan






Friday, October 30, 2009

Antaramuka UTM ( low Fidelity Prototype)




Tugasan 2 (Low Fidelity)


Rangka Utama Sistem FAQ

Antaramuka soalan lazim sistem FAQ




Antara muka pengguna ingin memasukkan soalan baru











Saturday, August 22, 2009

Tugasan 1 ( Task Analysis)



Topik: Universitiy FAQ system

Gambaran masalah dan penyelesaian
Data adalah terhad kerana hampir keseluruhan orang yang ditemubual tidak pernah menggunakan sistem soalan lazim (faq). Masalah pada sistem soalan lazim sedia ada adalah data tidak mencukupi. Reka bentuk sistem yang kurang menarik. Cara penyelesaian ialah mewujudkan sistem yang lebih banyak maklumat yang boleh diperolehi dan dicapai, sistem akan sentiasa dikemaskini dan rekaan lebih menarik.

Huraian temubual dan keputusan

Rasional
Temubual yang dijalankan dijalankan kepada para pelajar khasnya, untuk pengunjung web antaranya ibu bapa pelajar. Orang yang ditemubual itu diajukan soalan yang secara umum, komen-komen yang diterima diperlukan untuk menambahbaik, mendapatkan keperluan sistem, mendapatkan keperluan pengguna terutama antaramuka pengguna samada bersesuai atau tidak.

Keputusan
Orang pertama yang ditemubual ialah pelajar tahun akhir fakulti mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia, berusia 23 tahun, beliau tahu menggunakan computer tetapi terlalu terhad. Beliau hanya beberapa kali melayari laman web soalan lazim (faq) universiti. Beliau berpendapat sistem soal jawab yang ada sekarang terlalu terhad tindak balas soal jawab. Hampir keseluruhan soal jawab senang di capai kerana tiada mempunyai banyak pautan.

Orang kedua yang ditemubual ialah ibu kepada salah seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia, tidak bekerja, berusia 45 tahun, merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau boleh dikatakan mahir menggunakan computer kerana mempunyai pengalaman bekerja menggunakan komputer sebelum ini. Beliau menyatakan system yang ada sekarang hanya mempunyai maklumat unutk bahagian pelajar, manakala bahagian untuk ibu bapa kurang dan hampir keseluruhan tiada ruang soalan lazim untuk ibubapa. Kebanyakkan sistem soalan lazim masa kini tidak menarik.

Orang yang ketiga yang ditemubual ialah pelajar jurusan sains komputer, Universiti Teknologi Malaysia, berusia 25 tahun. Pelajar ini menyatakan ada sistem soalan lazim interaktif yang telah digunakan, boleh digunapakai untuk sistem soalan lazim (faq) universiti. Jika diadakan system yang interaktif kemungkinan banyak data (soal jawab) yang boleh dimasukkan lagi.

Keputusan temubual
Hasil dari temubual kepada ketiga-tiga orang yang ditemubual majority mengatakan sistem sedia ada kurang menarik minat pengujung laman web, perlu diletakkan sistem yang secara atas talian yang dapat di kemaskini bila-bila masa sahaja dan pengunjung boleh mengajukan soalan jika ianya tidak terdapat di dalam sistem.

Soalan analisis tugas
Soalan 1: Siapa yang akan menggunakan sistem ini?
Pelajar, pensyarah dan pelawat laman web universiti.

Soalan 2: Apakah fungsi sedia ada yang disediakan pada system faq masa kini?
Pengguna boleh membaca sebarang soalan yang mungkin ingin ditanya kepada pihak universiti, pelbagai hal berkaitan dengan pengurusan universiti, soalan terdiri soalan-soalan yang kerap kali ditanya di kaunter.

Soalan 3: Apakah kekangan/masalah yang terdapat pada sistem?
Pengguna hanya dapat bergantung pada soalan-soalan tertentu sahaja, soalan-soalan yang tiada dalam sistem/web amat menyusahkan pengguna, dalam masa yang sama sistem/muka surat bahagian faq kurang gemar dikunjungi pengguna web kerana tidak bersifat interaktif.

Soalan 4: Apakah fungsi sistem yang diperlukan?
Sistem/web yang akan dibina perlulah mempunyai ciri-ciri interaktif, seperti boleh membuat carian yang tepat dan pantas, soalan boleh dibuat melalui atas talian, masa talian soalan dibuka adalah di waktu bekerja, kemungkinan besar banyak lagi persoalan yang ingin ditanya oleh pengguna.

Task flow diagram


User interface flow diagram


HCI dictionary
  • Main page: Pengguna memilih samada untuk melayari, mencari atau menghantar soalan.
  • FAQs page: Pengguna memilih kategori bagi soalan lazim yang terdapat di dalam pangkalan data sistem.
  • Search page: Keputusan daripada kekunci carian yang dimasukkan oleh pengguna dipaparkan.
  • Ask a question page: Pengguna memasukkan input yang diperlukan seperti nama dan email bersama soalan yang ingin diajukan. Jawapan kepada soalan akan dihantar ke email pengguna.

Tuesday, July 28, 2009

Aktiviti Tugasan 1 HCI

Membuat perbandingan dan menguji keberkesanan Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang secara online. Laman web yang dibuat pengujian:

Kriteria semasa membuat tempahan:
  1. Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
  2. Pada tarikh 21 Ogos 2009.
  3. Jam 10 malam atau paling hampir.
  4. Kos yang terendah.

Video pengujian:


Keputusan analisis:


Ketiga-tiga laman web mempunyai antaramuka yang berbeza dari segi input carian. Air Asia tidak boleh membuat carian berdasarkan masa. Malaysia Airlines System (MAS) hanya boleh membuat carian berdasarkan masa selepas membuat carian pertama manakala Microsoft Expedia membenarkan carian pada masa. Akan tetapi, ketiga-tiga laman web memaparkan masa perjalanan setelah mendapat hasil carian dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Pilihan adalah mudah dibuat berdasarkan masa yang paling sesuai.

Semasa ingin membuat tempahan di Air Asia, maklumat tetamu dan kontak tetamu adalah sedikit mengelirukan adakah maklumat yang diperlukan adalah untuk pendaftaran ke laman web ataupun sekadar maklumat untuk rekod tempahan. Semasa membuat tempahan di Microsoft Expedia pula, pada muka ‘Traveler Information’ ada lah mengelirukan kerana di bawahnya terdapat pilihan ‘Enter traveler and continue checkout’ dan ‘Cancel and return to checkout’, sedangkan maklumat traveler mestilah diisi untuk membolehkan checkout.

Keputusan carian Microsoft Expedia adalah lebih meluas memandangkan carian memaparkan keputusan dari pelbagai syarikat penerbangan. Akan tetapi input carian memerlukan pengguna untuk memasukkan tempat bertolak dan destinasi. Ini akan menyebabkan kekeliruan apabila pengguna tidak dapat mengeja nama tempat dengan betul.

Seteleh menggunakan sistem tempahan di ketiga-tiga laman web ini, antara cadangan pembaikan yang boleh dibuat ialah semasa proses penempahan, pengguna hanya perlu memilih tempat bertolak, destinasi tujuan dan tarikh yang diingini. Pemilihan waktu bertolak boleh dipilih berdasarkan pilihan destinasi yang telah dipilih sebelumnya. Ini akan memudahkan pengguna membuat pilihan yang tepat tanpa membuang masa. Bagi Expedia.com, sebelum pilihan destinasi dibuat perlulah memilih negara terlebih dahulu dan senarai destinasi akan dikemaskini mengikut negara yang dipilih. Dengan itu, carian dan tempahan boleh dibuat dengan cepat tanpa perlu menggunakan papan kekunci yang mungkin boleh menghasilkan ralat sekiranya terdapat kesalahan menaip.

Pengujian dibuat dengan merakam pergunaan mouse dan papan kekunci serta muka-muka yang dilalui dengan menggunakan perisian Camtasia. Video kemudian diulang tayang untuk dianalisis seperti contoh video di atas.
Disediakan oleh: Mohd Hisyam bin Muhtar - SX081448CJJ01

Sunday, July 26, 2009

Video Capture Of Expedia Reservation

By Mirzan SX080381CJJ01

Video capture of Air Asia Reservation

By Mirzan SX080381CJJ01

Video capture of Malaysia Airlines Reservation

By Mirzan SX080381CJJ01

Analysis of Three Interfaces Web Site When Making Reservation

. Malaysia Airlines website is easy to understand the flow of its reservation where
you can see from the table it takes less time ( 166 seconds) where first trial of
Air Asia (247 seconds) and Expedia ( 191 seconds). In terms of efficiency
Mas Airlines takes 9 pages for first trial and Air Asia 12 pages and
Expedia 4 pages( I didn't choose Expedia as i considered the timing).

.The reservation of Mas Airlines work fine as all selection is ready to pull
down and user easily can followed the next step (In the right section call 'Tempah Penerbangan').Even when you select item 'Tempah' user will easily achieved their objective and go to necessary info without lost. Where for the Air Asia, when click item 'Tempah', you will see many selection items and the result you will lost. This i would like consider fail to work.

. I'm very confused with Air Asia for selecting reservation, as first trial you
will lost when select tempah. At the left corner you will see 'penerbangan'
instead of 'tempah penerbangan' which is clearly defined as it competitor MAS.
Where Expedia, for departure and destination you need to type.I'm
frustrated that it such as waste of time if you mistake in spelling
then the reservation would failed due to this typo error, although it takes less
pages to browse.

. I'm very enjoyed with Air Asia website as many info is being published
and graphical is eye popping.

. I'm suggest that all Airlines website,minimise their menu and replace
with icon,maybe for reservation with put one identical icon.Here people
will more understand and very fast to explore. It is important for people
especially novice group to achieve their purpose.

By Mirzan SX080381cjj01

Table Analysis Of Airlines Reservation


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger